Viewer

Selasa, 05 November 2019

Hikayat Raja Donan


Hikayat Raja Donan

Hikayat Asli:
Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu. Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabila dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah.

Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir bersama puteranya, sebilah pedang di tangan kanan, sebiji telur di tangan kiri dan selaras senapang di bahu kanan. Puteranya dinamakan Raja Donan atau turut dikenali dengan Awang Donan.

Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik atau buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka berdua dengan penuh kasih sayang.

Setelah meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja Donan. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan membuat seruling, dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja Donan telah memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang buta menjadi celik. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling. Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling.

Pada waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling. Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Setelah meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin untuk membantu ayahandanya. Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan Bongsu.

Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan Berjaya membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketujuh-tujuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan buaya putih. Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan kembali ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di atas sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul keturunannya. Pada masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya. Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan oleh anakandanya, Raja Donan. Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya.

Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat yaitu penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga gagal kerana Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus.

Terjemahan:
Kisah berawal di Gunung Mandi Angin yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Raja yang bernama Raja Madong Bongsu. Sang Raja memiliki seorang putera yang baru saja lahir.
Puteranya ini diberi nama Raja Donan dan dikenal pula dengan nama Awang Donan.

Pada suatu hari Sang Raja memanggil Nujum Nan Tujuh ke Istana untuk melihat nasib puteranya, apakah nasib baik atau buruk. Enam nujum tersebut menyebutkan bahwa sang putera kelak akan memberikan nasib buruk pada negeri Gunung Mandi Angin.

Raja Madong mempercayai tilikan keenam Nujum Nan Bongsu dan ingin membunuh puteranya. Hal tersebut digagalkan oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh yang sangat ingin mempunyai anak. Raja Donan pun dibawa dan diasuh oleh mereka berdua ke Pulau Sembilan.

Waktu berlalu dan Raja Donan tumbuh menjadi remaja yang tangguh, suatu hari Raja Donan menebang bambu untuk membuat seruling, namun seruling ini tidak bisa mengeluarkan suara yang merdu. Tiba-tiba, muncul seekor gagak betina yang buta bersama anaknya ke tempat Raja Donan. Sang burung gagak betina berkata bahwa dia akan mengajari Raja Donan untuk membuat seruling, asalkan Raja Donan bersedia memberikan anaknya kerak nasi. Raja Donan pun mengambil kerak nasi dan memberikannya pada gagak tersebut dan memukulnya  dengan karak nasi. Ajaibnya, gagak betina itu bisa melihat kembali. Sesuai dengan janjinya,               gagak tersebut mengajari Raja Donan cara membuat seruling. Sang gagak menyuruh Raja Donan membuang bambu tersebut dan mencari bambu baru di hulu sungai untuk dibuat menjadi seruling. Dengan saran dari burung gagak, Raja Donan berhasil membuat seruling yang mengeluarkan suara merdu.

Pada suatu malam, ketika Raja Donan memainkan serulingnya, dia mendengar suara tembakan dari arah negeri Gunung Angin Mandi. Mengetahui ayahannya sedang dalam keadaan terancam, Raja Donan meminta izin pada Temenggung Bendahara dan Mak Inang untuk menyelamatkan ayahannya. Setelah sampai di sana Raja Madong Bongsu, ayahnya Raja Donan telah kalah dari Raja Mambang Nan Tujuh setelah melakukan perlawanan sengit.

Setelah melihat ayahandanya meninggal, Raja Donan mengajukan diri untuk dijadikan anak angkat dari Raja Mambang Nan Tujuh dan belajar seni beladiri darinya, ketika Raja Donan berhasil menguasai semua ilmu beladiri yang diajarkan oleh Raja Mambang Nan Tujuh, Raja Donan membunuh ayah angkatnya itu dan kembali ke Pulau Sembilan. Namun di perjalanan Raja Donan menghidupkan kembali ayahandanya dengan meletakkan mayat Raja Madong Bongsu di atas sebidang tikar putih dan kain putih dan kemudian berseru pada Allah S.W.T untuk membangkitkan asal usul keturunannya sembari menaburkan beras putih sebanyak tiga kali dengan menggunakan lidi nyiur gading pada mayat ayahnya.

Raja Madong Bongsu akhirnya hidup kembali dan mengetahui bahwa anak yang hendak dibunuhnya lah yang telah menghidupkannya kembali. Raja Madong Bongsu pun menyesal dan ingin mencari puteranya ke Pulau Sembilan namun dia hanya menemukan tiga nelayan yang merupakan Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang yang sedang menyamar.

Raja Madong Bongsu kembali ke istana dengan hati sedih, mana kala dia kembali ke Pulau Sembilan intuk mencari anaknya, dia pun kembali tak menemukan Raja Donan yang menyamar menjadi gabus bersama Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Sang Raja pun hidup dengan penyelasan selamanya.

Analisis:
A.    Ciri – Ciri :
1.     Berbahsa Klise (Biasanya diawali: Syahdan, Hatta, Pada suatu hari, Alkisah)
2.     Ceritanya seperti Gambaran masyarakat yang statis  
3.     Digunakan untuk mendidik masyarakat sekitar pada zaman itu  
4.     Merupakan Sastra lisan (Diceritakan)  
5.     Tidak diketahui nama pengarangnya (Anonim )  
6.     Cerita berkisar kehidupan kekerajaan atau kaum bangsawan

B.    Unsur Instrinsik :
1.     Tema : Keistimewahan dan kepahlawanan seorang putera raja
2.     Plot : Maju
3.     Setting : Istana Raja Madong Bongsu , Gunung mandi angin , dan Pulau Sembilan
4.     Karakter :
a)     Raja Donan :  
                                          i.         Pintar : Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus
                                         ii.         Berani : Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.
                                       iii.         Penolong : Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin unutk membantu ayahandanya.

b)    Ayah Raja Donan
                                          i.         Zalim : Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya.
                                         ii.         Insaf : Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya

c)     Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda
                                            i.         Baik hati :Sebagai pengasuh Raja Donana

d)    Raja Mambang Nan Bongsu
i.               Serakah : Pembunuh ayah Raja Donan
C.    Amanat : Jangan terlalu percaya perkataan orang lain. Kita harus mengurangi rasa kekejaman terutama kepada anak.