Hikayat
Raja Donan
Hikayat Asli:
Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah
oleh Raja Madong Bongsu. Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan
penuh keajaiban. Apabila dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak,
jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah.
Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir bersama
puteranya, sebilah pedang di tangan kanan, sebiji telur di tangan kiri dan
selaras senapang di bahu kanan. Puteranya dinamakan Raja Donan atau turut
dikenali dengan Awang Donan.
Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana
untuk menilik nasib baik atau buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan
Raja Donan akan membawa celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum
Nan Bongsu menilik Raja Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi
Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil
keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat baginda tidak kesampaian
kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja
Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka
berdua dengan penuh kasih sayang.
Setelah meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh
untuk membuat seruling di tepi sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika
itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja
Donan. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan membuat seruling,
dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja Donan telah
memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang
buta menjadi celik. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk
membuat seruling. Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke
air dan mengambil buluh yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling.
Pada waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk
menyelar buluh seruling. Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil
dari arah negeri ayahandanya yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi
Angin diancam musuh. Setelah meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak
Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin
untuk membantu ayahandanya. Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu
dengan Raja Mambang Nan Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan
Tua bersama lima lagi Raja Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya
dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan Bongsu.
Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu
muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja
Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan
dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan Berjaya membunuh Raja Mambang
Nan Bongsu. Ketujuh-tujuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan
buaya putih. Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan
kembali ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat
ayahandanya diletakkan di atas sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian
berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul keturunannya. Pada
masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih sebanyak tiga kali dan
mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya. Permaisuri telah memberitahu
Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan oleh anakandanya, Raja Donan. Raja Madong
Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari
anakandanya.
Baginda berangkat ke Pulau
Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat yaitu penyamaran Raja Donan,
Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah gagal bertemu dengan
anakandanya, Raja Madong Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin.
Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin
bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga gagal kerana Raja Donan,
Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus.
Terjemahan:
Kisah berawal di Gunung Mandi Angin yang dikuasai dan diperintah oleh
seorang Raja yang bernama Raja Madong Bongsu. Sang Raja memiliki seorang putera
yang baru saja lahir.
Puteranya ini
diberi nama Raja Donan dan dikenal pula dengan nama Awang Donan.
Pada suatu hari Sang Raja memanggil Nujum Nan Tujuh ke Istana untuk melihat
nasib puteranya, apakah nasib baik atau buruk. Enam nujum tersebut menyebutkan
bahwa sang putera kelak akan memberikan nasib buruk pada negeri Gunung Mandi
Angin.
Raja Madong mempercayai tilikan keenam Nujum Nan Bongsu dan ingin membunuh
puteranya. Hal tersebut digagalkan oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang
Tanda Pengasuh yang sangat ingin mempunyai anak. Raja Donan pun dibawa dan
diasuh oleh mereka berdua ke Pulau Sembilan.
Waktu berlalu dan Raja Donan tumbuh menjadi remaja yang tangguh, suatu hari
Raja Donan menebang bambu untuk membuat seruling, namun seruling ini tidak bisa
mengeluarkan suara yang merdu. Tiba-tiba, muncul seekor gagak betina yang buta
bersama anaknya ke tempat Raja Donan. Sang burung gagak betina berkata bahwa
dia akan mengajari Raja Donan untuk membuat seruling, asalkan Raja Donan
bersedia memberikan anaknya kerak nasi. Raja Donan pun mengambil kerak nasi dan
memberikannya pada gagak tersebut dan memukulnya dengan karak nasi. Ajaibnya, gagak betina itu
bisa melihat kembali. Sesuai dengan janjinya, gagak tersebut mengajari Raja
Donan cara membuat seruling. Sang gagak menyuruh Raja Donan membuang bambu tersebut
dan mencari bambu baru di hulu sungai untuk dibuat menjadi seruling. Dengan
saran dari burung gagak, Raja Donan berhasil membuat seruling yang mengeluarkan
suara merdu.
Pada suatu malam, ketika Raja Donan memainkan serulingnya, dia mendengar suara
tembakan dari arah negeri Gunung Angin Mandi. Mengetahui ayahannya sedang dalam
keadaan terancam, Raja Donan meminta izin pada Temenggung Bendahara dan Mak
Inang untuk menyelamatkan ayahannya. Setelah sampai di sana Raja Madong Bongsu,
ayahnya Raja Donan telah kalah dari Raja Mambang Nan Tujuh setelah melakukan
perlawanan sengit.
Setelah melihat ayahandanya meninggal, Raja Donan mengajukan diri untuk dijadikan
anak angkat dari Raja Mambang Nan Tujuh dan belajar seni beladiri darinya,
ketika Raja Donan berhasil menguasai semua ilmu beladiri yang diajarkan oleh
Raja Mambang Nan Tujuh, Raja Donan membunuh ayah angkatnya itu dan kembali ke
Pulau Sembilan. Namun di perjalanan Raja Donan menghidupkan kembali ayahandanya
dengan meletakkan mayat Raja Madong Bongsu di atas sebidang tikar putih dan
kain putih dan kemudian berseru pada Allah S.W.T untuk membangkitkan asal usul
keturunannya sembari menaburkan beras putih sebanyak tiga kali dengan
menggunakan lidi nyiur gading pada mayat ayahnya.
Raja Madong Bongsu akhirnya hidup kembali dan mengetahui bahwa anak yang
hendak dibunuhnya lah yang telah menghidupkannya kembali. Raja Madong Bongsu
pun menyesal dan ingin mencari puteranya ke Pulau Sembilan namun dia hanya
menemukan tiga nelayan yang merupakan Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak
Inang yang sedang menyamar.
Raja Madong Bongsu kembali ke istana dengan hati sedih, mana kala dia
kembali ke Pulau Sembilan intuk mencari anaknya, dia pun kembali tak menemukan
Raja Donan yang menyamar menjadi gabus bersama Temenggung Bendahara dan Mak
Inang Tanda Pengasuh. Sang Raja pun hidup dengan penyelasan selamanya.
Analisis:
A.
Ciri – Ciri :
1.
Berbahsa Klise (Biasanya diawali: Syahdan,
Hatta, Pada suatu hari, Alkisah)
2.
Ceritanya seperti Gambaran masyarakat yang
statis
3.
Digunakan untuk mendidik masyarakat
sekitar pada zaman itu
4.
Merupakan Sastra lisan (Diceritakan)
5.
Tidak diketahui nama pengarangnya (Anonim )
6.
Cerita berkisar kehidupan kekerajaan atau
kaum bangsawan
B.
Unsur Instrinsik :
1.
Tema : Keistimewahan dan kepahlawanan seorang
putera raja
2.
Plot : Maju
3.
Setting : Istana Raja Madong Bongsu ,
Gunung mandi angin , dan Pulau Sembilan
4.
Karakter :
a) Raja
Donan :
i.
Pintar : Raja Donan, Temenggung Bendahara
dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus
ii.
Berani : Raja Donan kemudiannya
berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.
iii.
Penolong : Raja Donan melayang ghaib ke
negeri Gunung Mandi Angin unutk membantu ayahandanya.
b) Ayah
Raja Donan
i.
Zalim : Raja Madong Bongsu percaya kepada
tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya.
ii.
Insaf : Raja Madong Bongsu insaf dengan
kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya
c) Temenggung
Bendahara dan Mak Inang Tanda
i.
Baik hati :Sebagai pengasuh Raja Donana
d) Raja
Mambang Nan Bongsu
i.
Serakah : Pembunuh ayah Raja Donan
C.
Amanat :
Jangan terlalu percaya perkataan orang lain. Kita harus mengurangi rasa
kekejaman terutama kepada anak.